Laman Rasmi Institut Kanser Negara

Call Directions Website Contact the organization

Laman Rasmi Institut Kanser Negara Institut Kanser Negara (IKN) merupakan institusi yang dibina khas untuk menangani masalah penyakit kanser dalam negara.

Ini merupakan satu usaha baharu oleh KKM hasil cetusan idea Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. Institut kanser Negara merupakan projek pertama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menggunakan model bangunan berinformasi atau building information modeling (BIM). BIM adalah proses mewujudkan dan menggunakan model-model digital untuk mereka bentuk, menyelaras pembinaan dan penyelenggaraan melalui visualisasi dan simulasi 3D. Bangunan Institut Kanser Negara telah menggunakan aplikasi Industrialized Building System (IBS) dengan skor sebanyak 70%. Pada puncak pelaksanaan seramai 1000 orang pekerja dan kakitangan terlibat dalam projek ini. Pengawasan ketat, pengurusan keselamatan dan alam sekitar dan langkah-langkah kawalan kualiti telah diambil sepanjang projek ini dijalankan. Pada akhir tempoh pembinaan, projek Institut Kanser Negara mencipta rekod 5 juta jam tempoh berkerja tanpa kehilangan hari bekerja. Ia merupakan rekod keselamatan yg cemerlang bagi sesebuah projek berskala besar seperti ini. Bangunan Institut kanser Negara telah mengambil inisiatif reka bentuk termoden seperti orentasi solar yang baik, kecekapan tenaga dan pandangan yang optimum untuk landskap persekitaran. Aspek seni bina dan reka bentuk dalamannya menarik dan menepati keperluan fungsi hospital bagi mewujudkan suasana ceria dan mesra pengguna terutamanya kepada pesakit-pesakit, pelawat dan kakitangan hospital. Ini adalah fungsi utama bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang ideal untuk tujuan penyembuhan. Pendekatan seni bina yang diambil adalah untuk melahirkan sebuah hospital abad ke-21 dan mudah dikenal pasti dengan reka bentuk bangunan yang menarik. Pencahayaan malam direka bentuk untuk memberi identiti monumen yang terserlah. Institut Kanser Negara direka bentuk berdasarkan beberapa konsep reka bentuk. Antara reka bentuk konsep yang digunapakai ialah hospital yang khusus untuk menampung pesakit dan memberi penjagaan perubatan kesihatan khusus yang disokong oleh state of the art yang khusus dalam bidang diagnostik dan fasiliti perubatan. Selain itu, ia direka dengan menggunakan reka bentuk yang mesra pengguna dan mempunyai senibina, reka bentuk dalaman dan landskap yang menarik bagi mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pemulihan dan penyembuhan. Projek pembinaan Institut Kanser Negara ini berjaya disiapkan lebih awal berbanding tarikh siap kontrak.

29/10/2026

ANJURAN JABATAN PERUBATAN PALIATIF DAN RAWATAN SOKONGAN, JABATAN KECEMASAN KANSER, UNIT PENGURUSAN PERUBATAN DAN UNIT FORENSIK

📆 Jom sertai kami minggu hadapan untuk menjayakan kempen  !🌎 130 negara berganding bahu untuk menyebarkan kesedaran tent...
28/10/2026

📆 Jom sertai kami minggu hadapan untuk menjayakan kempen !

🌎 130 negara berganding bahu untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan melaporkan kesan sampingan yang disyaki disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan.

💙 Bersama-sama kita jadikan ubat lebih selamat untuk semua.

Ketahui cara untuk kepada NPRA —
👉 sebagai anggota kesihatan, atau
👉 sebagai pengguna

melalui 🌐 www.npra.gov.my

📌 Pengguna digalakkan berbincang terlebih dahulu dengan anggota kesihatan mengenai kesan sampingan yang dialami sebelum membuat laporan kepada NPRA.





𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀@𝐖𝐎𝐑𝐊 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐎𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈 & 𝐎𝐍𝐊𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈Jabatan Radioterapi & Onkologi, Institut Kanser Negara (IKN) dengan usa...
27/10/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀@𝐖𝐎𝐑𝐊 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐎𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈 & 𝐎𝐍𝐊𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈
Jabatan Radioterapi & Onkologi, Institut Kanser Negara (IKN) dengan usahasama Unit Psikologi Kaunseling, IKN telah menganjurkan Bengkel Mesra@Work bertempat di Jabatan Radioterapi & Onkologi IKN. Bengkel yang dianjurkan dalam dua siri pada 17 Oktober 2026 dan 24 Oktober 2026 dengan penyertaan 64 orang peserta ini bertujuan memastikan kakitangan sentiasa komited memperkasa nilai profesionalisme, semangat kerja berpasukan, dan kesejahteraan warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengurusan tertinggi IKN serta semua jawatankuasa pelaksana dan peserta yang menjayakan kursus ini dalam menyokong usaha menambah baik kemahiran kakitangan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh.




𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐃𝐕𝐀𝐍𝐂𝐄𝐃 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐍 𝐒𝐁𝐑𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐓𝐀𝐓𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐒𝐄𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐓𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐈𝐊𝐍Jabatan Radioterapi dan...
27/10/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐃𝐕𝐀𝐍𝐂𝐄𝐃 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐍 𝐒𝐁𝐑𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐓𝐀𝐓𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐒𝐄𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐓𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐈𝐊𝐍

Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Institut Kanser Negara (IKN) dengan kerjasama Varian Medical Systems, sebuah anak syarikat Siemens Healthineers, telah menganjurkan kursus Advanced Training on Stereotactic Body Radiotherapy (SBRT) Prostate 2026 selama empat (4) hari, bermula pada 19 hingga 22 Oktober 2026.

Kursus ini merupakan latihan khusus SBRT bagi kanser prostat yang julung kali dianjurkan di IKN. Program ini telah menghimpunkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja Jabatan Radioterapi dan Onkologi IKN serta wakil daripada lapan (8) pusat rawatan kanser swasta dan hospital universiti yang menggunakan teknologi Varian Medical Systems.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan menyeluruh mengenai modaliti rawatan radioterapi terkini bagi kanser prostat, khususnya teknik ultra-hypofractionation berasaskan SBRT menggunakan mesin linear accelerator TrueBeam. Teknologi berketepatan tinggi ini membolehkan dos radioterapi disasarkan dengan jitu kepada sel tumor prostat, di samping melindungi tisu serta organ normal di sekelilingnya secara optimum.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nur Aslina Bahakodin, Pengarah Institut Kanser Negara, dan turut dihadiri oleh Dr. Sushil Beriwal, Naib Presiden Hal Ehwal Perubatan Onkologi Multidisiplin (Multi-Disciplinary Oncology Medical Affairs), Varian Medical Systems.

Bengkel intensif ini menampilkan barisan pakar antarabangsa dari American Oncology Institute (AOI), Hyderabad, India yang terdiri daripada Dr. Harjot Kaur Bajwa (Pakar Onkologi), Dr. Suresh H. Chaudhari (Pakar Fizik Perubatan) dan Pn. Jyothi K. (Pakar Juru X-Ray Terapi); serta diperkukuh dengan sokongan teknikal daripada pasukan Varian Medical Systems.

Semoga inisiatif pemindahan ilmu dan teknologi berimpak tinggi ini terus memacu kecemerlangan perkhidmatan radioterapi di IKN dan seluruh negara, demi meningkatkan kualiti rawatan serta kelangsungan hidup pesakit.




27/10/2026
𝐌𝐎𝐃𝐔𝐋 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐎𝐍𝐊𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔 & 𝐎𝐒𝐂𝐄 𝐈𝐊𝐍📆 21–22 Oktober 2026📍 Bilik Seminar, Institut Kanser NegaraModul Latihan On...
22/10/2026

𝐌𝐎𝐃𝐔𝐋 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐎𝐍𝐊𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔 & 𝐎𝐒𝐂𝐄 𝐈𝐊𝐍

📆 21–22 Oktober 2026
📍 Bilik Seminar, Institut Kanser Negara

Modul Latihan Onkologi (MOT) dan OSCE telah dilaksanakan bagi memperkukuh kompetensi jururawat IKN dalam penjagaan dan pengurusan pesakit kanser yang selamat serta berkualiti.

Latihan ini merangkumi lima stesen OSCE, iaitu prosedur kemoterapi, pengendalian chemo port, pengurusan tumpahan ubat sitotoksik, ekstravasasi dan pendidikan kesihatan pesakit. Program ini turut meningkatkan keyakinan dan kemahiran klinikal jururawat melalui bimbingan penyelia, ketua jururawat serta jururawat yang mempunyai kelayakan Pos Basik Onkologi.

Latihan berterusan merupakan komitmen IKN dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kejururawatan onkologi yang cemerlang dan selamat.




📌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐈𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐊𝐀𝐍𝐒𝐄𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀‼️
21/10/2026

📌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐈𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐊𝐀𝐍𝐒𝐄𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀‼️

✨ 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐍 𝐈𝐍𝐁𝐎𝐃𝐘 𝐒𝟏𝟎 ✨Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, Jabatan Dietetik dan Sajian, In...
20/10/2026

✨ 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐍 𝐈𝐍𝐁𝐎𝐃𝐘 𝐒𝟏𝟎 ✨

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, Jabatan Dietetik dan Sajian, Institut Kanser Negara (IKN) berbesar hati menerima sumbangan sebuah mesin InBody S10 daripada Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia melalui Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia, Cawangan Institut Kanser Negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas keprihatinan, kemurahan hati dan sokongan yang diberikan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan di IKN.

Sumbangan ini diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan penilaian status pemakanan dan komposisi badan pesakit, sekali gus membantu mengoptimumkan intervensi pemakanan serta meningkatkan kualiti penjagaan pesakit kanser secara holistik.

Semoga jalinan kerjasama dan sokongan murni seperti ini terus terjalin demi memperkukuh kualiti perkhidmatan serta meningkatkan kesejahteraan pesakit.




𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐈𝐝𝐚𝐦𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐁𝐢𝐥. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔.Kursus ini bertujuan untuk menerap...
16/10/2026

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐈𝐝𝐚𝐦𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐁𝐢𝐥. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Kursus ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan anggota kejururawatan serta membudayakan konsep soft skills dan 10S dalam usaha meningkatkan imej dan profesionalisme profesion kejururawatan di Institut Kanser Negara.

Semoga ilmu dan inspirasi yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam perkhidmatan seharian demi pesakit yang disayangi, di samping membentuk sahsiah, mengukuhkan semangat dan menyemarakkan kasih sayang dalam bidang kejururawatan.

Di sebalik setiap senyuman pesakit, ada seorang jururawat yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta, penceramah dan urus setia atas komitmen serta semangat berpasukan dalam menjayakan kursus ini.







Address

Jalan P7, Presint 7
Putrajaya
62250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Institut Kanser Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Laman Rasmi Institut Kanser Negara:

Shortcuts

Share