29/10/2026
MESYUARAT PERTUBUHAN JAWATANKUASA PEMULIHAN DADAH (JKPD) DAERAH SEGAMAT BIL. 2/2026
Mesyuarat Pertubuhan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Segamat Bil. 2/2026 telah diadakan pada 28 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat AADK Daerah Segamat dan dipengerusikan oleh Encik Kamarudin bin Ahmad.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai impak program pemulihan yang telah dilaksanakan bagi menilai keberkesanan usaha pemulihan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam memperkasakan intervensi kepada individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Perbincangan ini turut menjadi platform untuk berkongsi pandangan, memperkukuh kerjasama strategik dan menyelaras usaha berterusan antara pihak berkepentingan demi memastikan program pemulihan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi impak positif kepada individu, keluarga serta masyarakat.
Semoga komitmen dan kerjasama semua pihak terus diperkukuh dalam menjayakan agenda pemulihan serta membina masyarakat yang sihat, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.
💪 Dadah Musuh Bersama!
👍 Like | 🔄 Share | 💬 Komen
Facebook AADK Daerah Segamat
📞 Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:
☎️ AADK Daerah Segamat
07-931 6822
☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233