Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor

Call Directions Contact the organization

Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor Ilmu | Pengetahuan | Kebijaksanaan

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄𝐒 𝐅𝐎𝐑 𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐂 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐘 — 𝐄𝐗𝐄𝐂𝐔𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri...
29/10/2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄𝐒 𝐅𝐎𝐑 𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐂 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐘 — 𝐄𝐗𝐄𝐂𝐔𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄

Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) merakamkan penghargaan atas penyertaan Encik Mohd Gadaffie bin Abd. Aziz, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), dalam Futures for Public Policy — Executive Programme yang berlangsung pada 15 hingga 18 September 2026 di Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKY School), National University of Singapore (NUS), Singapura.

Program ini memberikan pendedahan kepada pendekatan Futures Thinking dan Strategic Foresight berpotensi membantu KEJORA bagi memperkukuh perancangan strategik, meneroka senario masa hadapan serta mengenal pasti peluang pertumbuhan dan risiko strategik dalam aspek urbanisasi, demografi, ekonomi, pelaburan, pelancongan, teknologi dan kelestarian. Pendekatan ini berpotensi memperkukuh proses membuat keputusan serta mengintegrasikan perspektif jangka panjang dalam perancangan program, projek dan pelaburan, sekali gus membentuk organisasi yang lebih proaktif, adaptif dan berpandangan jauh ke arah pembangunan wilayah yang mampan.

————————————————————

𝑲𝑬𝑱𝑶𝑹𝑨 𝑮𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑳 𝑴𝑨𝑵𝑨𝑮𝑬𝑹'𝑺 𝑷𝑨𝑹𝑻𝑰𝑪𝑰𝑷𝑨𝑻𝑰𝑶𝑵 𝑰𝑵 𝑻𝑯𝑬 𝑭𝑼𝑻𝑼𝑹𝑬𝑺 𝑭𝑶𝑹 𝑷𝑼𝑩𝑳𝑰𝑪 𝑷𝑶𝑳𝑰𝑪𝒀 — 𝑬𝑿𝑬𝑪𝑼𝑻𝑰𝑽𝑬 𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴𝑴𝑬

The Johor Civil Service Academy (JCSA) extends its appreciation for the participation of Encik Mohd Gadaffie bin Abd. Aziz, General Manager of the Southeast Johor Development Authority (KEJORA), in the Futures for Public Policy — Executive Programme, held from 15 to 18 September 2026 at the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKY School), National University of Singapore (NUS), Singapore.

The programme provides exposure to Futures Thinking and Strategic Foresight has the potential to help KEJORA approaches to strengthen strategic planning, explore future scenarios, and identify growth opportunities and strategic risks across urbanisation, demographics, the economy, investment, tourism, technology and sustainability. These approaches have the potential to enhance decision-making and integrate long-term perspectives into programme, project and investment planning, helping to foster a more proactive, adaptive and forward-looking organisation towards sustainable regional development.

Onn Hafiz Ghazi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐈𝐋. 1/2026Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Ak...
28/10/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐈𝐋. 1/2026

Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) Bil. 1/2026 telah diadakan pada 26 Oktober 2026 bertempat di The Westin Desaru Coast Resort, Kota Tinggi, Johor, dengan dipengerusikan oleh YB Dato’ Mohammed Ridha bin Abd Kadir.

Mesyuarat membincangkan beberapa perkara strategik berkaitan hala tuju dan pembangunan APTNJ, termasuk kajian penjenamaan semula akademi kepada Institut Dato’ Abdul Rahman Andak (INDARA), cadangan pemindahan operasi akademi ke University of Reading Malaysia serta perancangan pembangunan kompetensi Pegawai Tadbir Negeri Johor melalui pelan pembangunan pegawai dan program sambung belajar.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan pengukuhan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pengetahuan.

Perbincangan ini menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh perancangan strategik akademi dalam menyokong pembangunan kepimpinan dan peningkatan keupayaan Pegawai Tadbir Negeri Johor ke arah kecemerlangan perkhidmatan awam negeri.

—————————————————————

𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐀𝐃𝐕𝐈𝐒𝐎𝐑𝐘 𝐁𝐎𝐀𝐑𝐃 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐂𝐈𝐕𝐈𝐋 𝐒𝐄𝐑𝐕𝐈𝐂𝐄 𝐀𝐂𝐀𝐃𝐄𝐌𝐘 𝐁𝐈𝐋. 1/2026

The Meeting of the Advisory Board of the Johor Civil Service Academy (JCSA) Bil. 1/2026 was held on 26 October 2026 at The Westin Desaru Coast Resort, Kota Tinggi, Johor, chaired by YB Dato’ Mohammed Ridha bin Abd Kadir.

The meeting discussed several strategic matters concerning the direction and development of APTNJ, including a study on the proposed rebranding of the Academy as Institut Dato’ Abdul Rahman Andak (INDARA), the proposed relocation of the Academy’s operations to the University of Reading Malaysia, and competency development plans for Johor State Administrative Officers through professional development initiatives and further study programmes.

The meeting also discussed strengthening strategic collaboration with Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) in research and knowledge development.

These discussions form part of the Academy’s ongoing efforts to strengthen strategic planning, support leadership development and enhance the capabilities of Johor State Administrative Officers towards excellence in the state public service.

Selamat Menyambut Ulang Tahun dan Selamat Bersara Yang Berhormat Dato’ Haji Onn bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha...
28/10/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun dan Selamat Bersara Yang Berhormat Dato’ Haji Onn bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), pada 28 Oktober 2026.

Seluruh warga Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Semoga YB Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan beroleh kebahagiaan serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Ikhlas daripada
Ketua Pegawai Eksekutif dan Seluruh Warga Kerja
Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor

📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑Akademi Per...
25/10/2026

📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) ingin memaklumkan bahawa poster tawaran jawatan kosong yang memaparkan tarikh permohonan 24 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 2026 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 7 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 2026 adalah 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 dan bukan hebahan rasmi pihak akademi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta tidak mengisi borang permohonan atau berkongsi maklumat peribadi melalui pautan yang mencurigakan.

📌 Untuk makluman, segala maklumat dan hebahan rasmi berkaitan APTNJ, termasuk urusan pengambilan dan tawaran jawatan kosong, hanya disalurkan melalui Facebook rasmi Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.

Orang ramai diseru untuk:
• Sentiasa menyemak kesahihan maklumat melalui saluran rasmi APTNJ.
• Tidak menekan pautan yang mencurigakan atau menyerahkan maklumat peribadi tanpa pengesahan.
• Tidak menyebarkan poster atau maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.

Bersama-sama kita membendung penyebaran maklumat palsu. Semak sebelum berkongsi dan jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama semua.

—————————————————————

📢 𝑵𝑶𝑻𝑰𝑪𝑬 𝑶𝑵 𝑻𝑯𝑬 𝑪𝑰𝑹𝑪𝑼𝑳𝑨𝑻𝑰𝑶𝑵 𝑶𝑭 𝑭𝑨𝑳𝑺𝑬 𝑰𝑵𝑭𝑶𝑹𝑴𝑨𝑻𝑰𝑶𝑵 𝑹𝑬𝑮𝑨𝑹𝑫𝑰𝑵𝑮 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹 𝑪𝑰𝑽𝑰𝑳 𝑺𝑬𝑹𝑽𝑰𝑪𝑬 𝑨𝑪𝑨𝑫𝑬𝑴𝒀 𝑱𝑶𝑩 𝑽𝑨𝑪𝑨𝑵𝑪𝑰𝑬𝑺

The Johor Civil Service Academy (JCSA) wishes to inform the public that the job vacancy poster stating the application period from 24 𝐎𝐜𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 2026 𝐭𝐨 7 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 2026 is 𝐅𝐀𝐊𝐄 and is not an official announcement issued by the JCSA .

The public is advised not to believe or circulate unverified information, submit applications through suspicious links, or disclose personal information without proper verification.

📌 Please be informed that all official information and announcements concerning JCSA, including recruitment and job vacancies, are disseminated exclusively through the official page of Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.

The public is advised to:
• Verify information through JCSA official communication channels.
• Avoid clicking suspicious links or sharing personal information through unverified platforms.
• Refrain from circulating posters or information that have not been verified.

Let us work together to combat the spread of false information. Verify before you share, and be a responsible social media user.

Thank you for your attention and cooperation.

𝟐𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐘𝐏𝐉 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟕 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀...
24/10/2026

𝟐𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐘𝐏𝐉 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟕 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 50 orang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian Program Eksekutif Lanjutan Pengurusan Sumber Manusia, anjuran Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor di bawah Kluster Tadbir Urus dan Tatakelola dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor.

Program ini melibatkan 25 orang graduan bagi Siri 1 Tahun 2025 dan 25 orang graduan bagi Siri 1 Tahun 2026, yang terdiri daripada Pegawai Tadbir Negeri Johor, Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (P/O).

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa ilmu pengetahuan, meningkatkan kompetensi serta memantapkan profesionalisme dalam kalangan penjawat awam demi memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan awam Negeri Johor.

Seluruh warga Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua graduan atas kejayaan yang dicapai. Semoga ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi serta perkhidmatan awam Negeri Johor.

Tahniah kepada semua graduan! Semoga terus melakar kejayaan, memperkasa potensi diri dan mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

__________________________________________________

𝟐𝟒𝐓𝐇 𝐎𝐂𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐓𝐇𝐄 𝟐𝟕𝐓𝐇 𝐘𝐏𝐉 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝐂𝐎𝐍𝐕𝐎𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐂𝐄𝐑𝐄𝐌𝐎𝐍𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 𝐇𝐀𝐋𝐋, 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘 𝐂𝐎𝐋𝐋𝐄𝐆𝐄 𝐎𝐅 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Congratulations and well done to all 50 graduates who have successfully completed the Advanced Executive in Human Resource Champion programme, organised by the Johor Civil Service Academy under the Governance and Administration Cluster, in collaboration with the Human Resource Management Division, Johor State Secretary’s Office and University College of Yayasan Pelajaran Johor.

The programme comprises 25 graduates from Series 1 (2025) and 25 graduates from Series 1 (2026), consisting of Johor State Administrative Officers, Assistant Administrative Officers and Administrative Assistants.

This achievement is a proud milestone that reflects a continued commitment to expanding knowledge, enhancing competencies and strengthening professionalism among public servants, ultimately improving the quality of public service delivery in the State of Johor.

The entire team at the Johor Civil Service Academy extends its heartfelt congratulations and sincere appreciation to all graduates on their achievements. May the knowledge, skills and experience gained through this programme be put to good use in fulfilling their duties and responsibilities, while contributing to organisational excellence and the continued advancement of public service in the State of Johor.

Congratulations to all graduates! May you continue to achieve greater success, unlock your full potential and strive for excellence in the years ahead.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐆𝐎𝐕𝐄𝐑𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐂𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐑𝐄𝐀𝐃𝐈𝐍𝐄𝐒𝐒 (𝐃𝐆𝐂𝐂𝐑) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑, 𝟐𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔Akademi ...
22/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐆𝐎𝐕𝐄𝐑𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐂𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐑𝐄𝐀𝐃𝐈𝐍𝐄𝐒𝐒 (𝐃𝐆𝐂𝐂𝐑) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑, 𝟐𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) di bawah Kluster Transformasi Digital dengan kerjasama ICT@Johor telah menganjurkan Program Digital Government Competency And Capability Readiness (DGCCR) Tahun 2026 bertempat di Dewan Mesyuarat Blok C, Aras 1, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

Program ini diadakan sebagai usaha berterusan bagi memperkukuh kompetensi digital penjawat awam Negeri Johor serta meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pegawai dalam menyokong pelaksanaan agenda pendigitalan dan transformasi digital Kerajaan Negeri Johor.

Sesi ceramah dan bimbingan interaktif program ini telah disampaikan oleh Tuan Hj Azman bin Azmi, Penolong Setiausaha Kanan, ICT@Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Antara pengisian dan modul utama yang disampaikan merangkumi:
🔹 Modul 1: DGCCR Connected Technology
🔹 Modul 2: Digital Mindset
🔹 Modul 3: Digital Landscape

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah serta seluruh peserta di atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung.

______________________________________________

𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐆𝐎𝐕𝐄𝐑𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐂𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐑𝐄𝐀𝐃𝐈𝐍𝐄𝐒𝐒 (𝐃𝐆𝐂𝐂𝐑) 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑, 𝟐𝟏 𝐎𝐂𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

The Johor State Administrative Services Academy (APTNJ) under the Digital Transformation Cluster in collaboration with ICT@Johor organised the Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Programme 2026 at the Meeting Hall, Block C, Level 1, Dato' Jaafar Muhammad Building, Kota Iskandar.

This programme was held as a continuous effort to strengthen the digital competencies of Johor State civil servants as well as enhance officers' knowledge, skills, and capabilities in supporting the implementation of the digitization and digital transformation agenda of the Johor State Government.

The lecture and interactive guidance session for this programme was delivered by Tuan Hj Azman bin Azmi, Penolong Setiausaha Kanan, ICT@Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Among the main contents and modules delivered included:
🔹 Module 1: DGCCR Connected Technology
🔹 Module 2: Digital Mindset
🔹 Module 3: Digital Landscape

Highest appreciation and gratitude are extended to the speaker and all participants for their commitment throughout the programme.



𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐘 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐄𝐗𝐄𝐂𝐔𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) merakam...
22/10/2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐘 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐄𝐗𝐄𝐂𝐔𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄

Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) merakamkan penghargaan atas penyertaan Encik Azlan Afandi bin Sauffee Afandi, Pengarah Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), dalam AI Policy Leaders Executive Education Programme yang berlangsung pada 20 hingga 21 Oktober 2026 di Singapura.

Program anjuran bersama Singapore Cooperation Programme dan Google ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan pemahaman berkaitan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI), dasar awam serta tadbir urus AI, termasuk peluang dan cabaran pelaksanaannya dalam sektor awam.

Penyertaan ini mencerminkan usaha memperkasa kepimpinan dan keupayaan penjawat awam dalam mendepani transformasi digital ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, inovatif dan berkesan.

—————————————————————

𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈𝐂𝐈𝐏𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐘 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐄𝐗𝐄𝐂𝐔𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄

The Johor Civil Service Academy acknowledges the participation of Encik Azlan Afandi bin Sauffee Afandi, Director of the Johor Water Regulatory Body (BAKAJ), in the AI Policy Leaders Executive Education Programme, held on 20–21 October 2026 in Singapore.

Organised jointly by the Singapore Cooperation Programme and Google, the programme aims to strengthen knowledge and understanding of artificial intelligence (AI), public policy and AI governance, including the opportunities and challenges associated with AI implementation in the public sector.

This participation reflects ongoing efforts to strengthen leadership and public sector capabilities in navigating digital transformation towards more efficient, innovative and effective public service delivery.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Badan Kawalselia Air Johor - BAKAJ - Bersama Onn Hafiz Ghazi

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐊 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝐎𝐅 𝐆𝐎𝐕𝐄𝐑𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓 (𝐑𝐒𝐎𝐆) 𝐎𝐏𝐄𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐄𝐋𝐢𝐓𝐄 – 𝐄𝐕𝐀𝐋𝐔𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐍 𝐋...
15/10/2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐊 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝐎𝐅 𝐆𝐎𝐕𝐄𝐑𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓 (𝐑𝐒𝐎𝐆) 𝐎𝐏𝐄𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐄𝐋𝐢𝐓𝐄 – 𝐄𝐕𝐀𝐋𝐔𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐍 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐀𝐋𝐄𝐍𝐓

Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) telah menyelaras penyertaan Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred 12 dan ke atas dalam program Razak School of Government (RSOG) Open Programme 2026: ELiTE – Evaluation on Leadership and Talent, di bawah Pelan Pembangunan Profesional Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kompetensi Fungsian (Teras) menerusi STAR Talent Programme.

Program ini bertujuan memperkukuh kemahiran kepimpinan serta mengenal pasti potensi dan keupayaan peserta melalui penilaian kepimpinan dan bakat.

Sesi Presentation Skills Refresher dikendalikan oleh Soofi, seorang jurulatih kemahiran profesional dan pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 34 tahun di Asia dan Eropah. Beliau berpengalaman dalam pembangunan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kompetensi profesional, termasuk menyampaikan program latihan kepada organisasi korporat dan institusi pendidikan.

📅 Tarikh: 12 dan 13 Oktober 2026
📍 Tempat: DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

Diharapkan penyertaan ini dapat meningkatkan kompetensi dan potensi kepimpinan Pegawai Tadbir Negeri Johor ke arah kecemerlangan perkhidmatan awam.




10/10/2026

JOHOR LANJUT PENUTUPAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN HINGGA 16 OKTOBER INI

– Semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Negeri Johor akan terus ditutup selama lima hari, bermula 12 hingga 16 Oktober ini, susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan terus terpelihara.

Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat dengan menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya murid serta warga pendidikan.

Pelanjutan penutupan berkenaan mengambil kira jangkaan pergerakan angin terkini dari Kalimantan, Indonesia, pada 13 hingga 15 Oktober ini, risiko peningkatan kepekatan partikel halus serta keadaan atmosfera yang boleh menyebabkan jerebu berlarutan.

Selain itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan berada pada sekitar 170 hingga 180 tanpa perubahan ketara turut menunjukkan bahawa kualiti udara masih berada pada tahap tidak sihat dan memerlukan pemantauan berterusan.

Sepanjang tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan ini, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan mengikut kesesuaian, manakala pentaksiran dan penilaian akademik di sekolah terlibat akan ditangguhkan serta dijadualkan semula mengikut ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkuasa pendidikan berkaitan.

Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan IPU bagi menentukan tindakan selanjutnya berdasarkan keadaan kualiti udara serta penilaian keselamatan dan kesihatan semasa.

Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar anak-anak, memastikan pengambilan air yang mencukupi serta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala kesihatan seperti batuk berpanjangan, sakit tekak atau kesukaran bernafas.

Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali (Dr. Naqib Ghazali), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, mengumumkan pelanjutan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari susulan kemerosotan kualiti udara menerusi kenyataan media hari ini.







𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 (𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐔𝐀𝐆𝐄 𝐓𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 (𝐈𝐄𝐋𝐓𝐒) 𝐀𝐂𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐂Akademi Perkhidmatan...
10/10/2026

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 (𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐔𝐀𝐆𝐄 𝐓𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 (𝐈𝐄𝐋𝐓𝐒) 𝐀𝐂𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐂

Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) dengan kerjasama LEA Education Sdn. Bhd. melalui Kluster Sustainable Leadership telah melaksanakan Persediaan (Workshop) dan Peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) Academic di bawah Pelan Pembangunan Profesional Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred 12 dan ke atas, Kompetensi Fungsian (Teras).

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 (𝐖𝐨𝐫𝐤𝐬𝐡𝐨𝐩):
Tarikh: 7 – 9 Oktober 2026 (Rabu – Jumaat)
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Bilik Hybrid 1, Level 1, University of Reading Malaysia.

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐄𝐋𝐓𝐒 𝐀𝐜𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐜:
Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
Tempat: IDP Education Johor Bahru – International Education Specialists, Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor.

Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Negeri Johor mengikut standard antarabangsa, dengan sasaran minimum Band 6, di samping menyokong pembangunan bakat serta memperkukuh daya saing pegawai dalam melaksanakan tugas rasmi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam meningkatkan kompetensi dan penguasaan Bahasa Inggeris secara menyeluruh.

Address

ARAS 1, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD, KOTA ISKANDAR
Johor Bahru
79000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072666767

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor:

Shortcuts

Share