Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis

Call Directions Website

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, Government Organization, Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin, Persiaran Jubli Emas, Jalan Pegawai, Kangar.

Melaksanakan perbicaraan, pengurusan Mahkamah dan perkhidmatan sokongan secara professional, berkesan dan sistematik berasaskan Undang-undang dan Hukum Syarak

[𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇: 𝐉𝐊𝐒𝐍𝐏𝐬 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐌𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐑𝐄...
29/10/2026

[𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇: 𝐉𝐊𝐒𝐍𝐏𝐬 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐌𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐑𝐄𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐑𝐎𝐊𝐑𝐀𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔]

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran dan bangga atas kejayaan meraih ANUGERAH EMAS sempena Persidangan Nasional Reformasi Karenah Birokrasi 2026 yang berlangsung pada 28 dan 29 Oktober 2026 bertempat di Selangor International Trade Centre (SITC).

Persidangan berprestij bertemakan "Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi" ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada pelbagai agensi bagi memperkukuh sistem penyampaian awam, mengurangkan karenah birokrasi, serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan demi kemakmuran negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Delegasi JKSNPs ke persidangan ini telah diwakili oleh YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad (Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis), Tuan Mohamad Al Hafid bin Ismail dan Tuan Azman bin Rajamin.

Kejayaan Anugerah Emas ini diraih menerusi pembentangan projek inovasi bertajuk "eFast Faraid: Pengeluaran Sijil Faraid dari 21 Hari kepada 2 Jam". Inovasi berimpak tinggi ini berjaya membuktikan komitmen berterusan JKSNPs dalam memotong karenah birokrasi, mempercepatkan tempoh proses kerja, dan memberikan perkhidmatan yang jauh lebih pantas serta efisien kepada rakyat.

Pencapaian cemerlang di peringkat nasional ini menjadi pendorong buat seluruh warga JKSNPs untuk terus berinovasi dan memperkasa perkhidmatan kehakiman Syariah di Negeri Perlis.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada wira inovasi JKSNPs!

⏰ 𝐒𝐄𝐒𝐈 '𝐂𝐋𝐎𝐂𝐊 𝐎𝐔𝐓' 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑Suasana pilu dan hiba menyelubungi perkarangan jabatan apabila Encik Zaihasif bin Zainol Rash...
22/10/2026

⏰ 𝐒𝐄𝐒𝐈 '𝐂𝐋𝐎𝐂𝐊 𝐎𝐔𝐓' 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑

Suasana pilu dan hiba menyelubungi perkarangan jabatan apabila Encik Zaihasif bin Zainol Rashid, Penolong Pegawai Syariah di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) menyempurnakan Sesi Clock Out Terakhir beliau pada jam 5.30 petang, menandakan berakhirnya tugas rasmi beliau di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis.

Seluruh warga JKSNPs merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas segala jasa, tenaga, dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang berada di jabatan ini. Semoga Encik Zaihasif terus maju jaya, cemerlang, dan dilindungi Allah SWT dalam menjalankan amanah di Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang kelak.

Bunga kenanga harum mewangi,
Tercium sampai ke kaki gunung,
Selamat jalan teman sejati,
Doa kami selalu menyertai.

[𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒]KANGAR, 19 OKTOBER 2026 – Mahkamah Rayuan Syari...
20/10/2026

[𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒]

KANGAR, 19 OKTOBER 2026 – Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perlis hari ini telah bersidang bagi mengendalikan pendengaran kes-kes rayuan bertempat di Kompleks Darul Qada’ Tuanku Syed Sirajuddin, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).

Persidangan kali ini menumpukan kepada Pendengaran bagi Kes Rayuan Tuntutan Harta Sepencarian serta Penyampaian Keputusan Bantahan Awal bagi membatalkan Notis Rayuan.

Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perlis yang bersidang dianggotai oleh:

Pengerusi Rayuan: YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad (Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis);
Panel Rayuan: YA Dato’ Mohamad Shakir bin Haji Abdul Hamid; dan
Panel Rayuan: YA Prof. Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman

Turut hadir daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ialah Tuan Nik Bukhari Hashimy bin Nik Yahya dan Tuan Mohd Norman bin Abd Jalil.

Mahkamah Rayuan Syariah merupakan koram tertinggi dalam struktur Mahkamah Syariah di peringkat negeri yang berperanan mendengar dan memutuskan sebarang rayuan atau semakan terhadap keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah.

Pengendalian persidangan secara teratur dan berintegriti ini mencerminkan komitmen berterusan JKSNPs dalam menegakkan keadilan serta memastikan setiap hak pihak-pihak yang terpelihara di bawah undang-undang Syariah dapat diteliti dan diputuskan secara adil dan saksama.

[𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐄-𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈 𝟑 (𝐄𝐒𝐕𝟑) 𝐊𝐄 𝐉𝐊𝐒𝐍𝐏𝐬]KANGAR, 19 OKTOBER 2026 – Jabatan Kehaki...
20/10/2026

[𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐄-𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈 𝟑 (𝐄𝐒𝐕𝟑) 𝐊𝐄 𝐉𝐊𝐒𝐍𝐏𝐬]

KANGAR, 19 OKTOBER 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menerima kunjungan rasmi daripada Unit Transformasi E-Syariah (UTES), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bagi Lawatan Kajian Lapangan Keberkesanan Sistem E-Syariah Versi 3 (ESV3) bertempat di Kompleks Darul Qada’ Tuanku Syed Sirajuddin, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).

Lawatan kerja ini bertujuan untuk memantau dan menilai secara terperinci keberkesanan serta tahap penggunaan Sistem ESV3 dalam pengurusan kes di JKSNPs. Langkah ini penting bagi memastikan sistem pengurusan mahkamah berasaskan digital ini diaplikasikan secara betul, optimum, dan sepenuhnya oleh para pengguna di semua peringkat.

Selain itu, sesi kajian lapangan ini turut menjadi platform interaktif untuk:

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐈𝐬𝐮 & 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧: Mengumpul maklum balas terus berhubung isu teknikal serta cabaran yang dihadapi oleh pengguna semasa mengendalikan sistem.

𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧: Menilai cadangan penambahbaikan bagi memantapkan lagi fungsi sistem ESV3 serta menyelaraskan proses kerja berkaitan demi kelancaran pentadbiran kehakiman.

Pihak JKSNPs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi Unit Transformasi E-Syariah (UTES), JKSM atas komitmen dan usaha berterusan dalam memodenkan serta memperkasakan sistem perkhidmatan Mahkamah Syariah di seluruh negara.

Semoga hasil dapatan daripada kajian lapangan ini dapat memacu transformasi digital perkhidmatan kehakiman Syariah yang lebih cekap, pantas, dan mesra pengguna demi kemudahan masyarakat.

[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐊𝐒𝐍𝐏𝐬]KANGAR, 9 OKTOBER 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri ...
09/10/2026

[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐊𝐒𝐍𝐏𝐬]

KANGAR, 9 OKTOBER 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menganjurkan Program Ceramah Keselamatan dan Perlindungan Bangunan bertempat di Kompleks Darul Qada’ Tuanku Syed Sirajuddin.

Program ini dilaksanakan khusus bagi memastikan setiap warga JKSNPs dapat meningkatkan pengetahuan, kesedaran, serta kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan aspek keselamatan di premis/bangunan jabatan.

Sesi ceramah yang padat dengan maklumat dan panduan praktikal ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Lt. M (PA) Muhammad Amirul Aiman bin Husin daripada Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA).

Antara pengisian utama ceramah merangkumi:

1. Pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan awal insiden kebakaran dan bahaya fizikal di bangunan;

2. Prosedur evakuasi / pengosongan bangunan secara teratur semasa kecemasan; dan

3. Peranan dan tindakan pantas pegawai serta kakitangan ketika mendepani sebarang situasi kritikal.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA), terutamanya Lt. M (PA) Muhammad Amirul Aiman bin Husin di atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat.

Semoga pendedahan ini dapat memupuk budaya keprihatinan keselamatan dan kesiapsiagaan yang berterusan dalam kalangan warga JKSNPs demi kesejahteraan dan keselamatan bersama.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐁𝐔𝐃𝐈, 𝟏𝟎𝟎𝟎 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈: 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇Jalinan ukhuwah dan penghargaan warganya terus diperkukuh menerusi Majl...
09/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐁𝐔𝐃𝐈, 𝟏𝟎𝟎𝟎 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈: 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇

Jalinan ukhuwah dan penghargaan warganya terus diperkukuh menerusi Majlis Selaut Budi, 1000 Memori yang telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan bermakna bagi meraikan pertukaran pegawai, menghargai pelatih industri, serta mengalu-alukan kehadiran warga kerja baharu di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).

Majlis pada hari ini diadakan khas bagi meraikan Tuan Zaihasif bin Zainol Rashid, yang bakal melangkah ke lembaran baharu bertugas di Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang. Seluruh warga JKSNPs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, dan dedikasi luar biasa yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di jabatan ini. Semoga terus cemerlang di tempat tugasan baharu!

🎓 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐔𝐈𝐀𝐌

Sesi bermakna ini turut diselitkan dengan Sesi Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri kepada Cik Nur Alia Maisarah binti Isommuddin, pelajar jurusan Fiqh & Usul Fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Terima kasih diucapkan atas komitmen dan sumbangan tenaga sepanjang menimba pengalaman di JKSNPs. Kami mendoakan agar Cik Nur Alia Maisarah terus sukses dalam pengajian dan cemerlang dalam kerjaya masa hadapan.

🤝 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐉𝐊𝐒𝐍𝐏𝐬

Dalam majlis yang sama, JKSNPs turut dengan berbesar hati menyambut kehadiran empat (4) orang kakitangan baharu yang bakal memperkukuh barisan perkhidmatan jabatan:

1. Encik Zuwairi bin Abd Hamid;

2. Encik Mohd Radhi bin Saad;

3. Puan Noor Syuhada binti Amir; dan

4. Puan Nor Mala binti Ibrahim

Selamat datang diucapkan kepada semua. Semoga kehadiran tuan dan puan membawa semangat baharu serta terus istiqamah dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang demi ummah dan jabatan.

"Yang pergi kenangan abadi, yang datang disambut di hati, yang tamat latihan membawa seribu erti."

[𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔]KANGAR, 8 OKTOBER 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah...
08/10/2026

[𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔]

KANGAR, 8 OKTOBER 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menerima kunjungan bagi Audit Pemantauan Pematuhan Arahan Amalan Mahkamah Syariah Tahun 2026 yang berlangsung pada 7 hingga 8 Oktober 2026 (Rabu - Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Syarie, Aras 6, Kompleks Darul Qada’ Tuanku Syed Sirajuddin.

Sesi pengauditan bagi tahun ini telah dijalankan oleh dua (2) orang Juruaudit daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya iaitu Tuan Khairul Nizzam bin Kassim dan Tuan Jamil bin Ahmad.

Ketibaan barisan juruaudit disambut dan diiringi oleh Pegawai Pengiring JKSNPs iaitu Tuan Khairul Azwadi bin Mohamed Noor (Ketua Pendaftar JKSNPs) dan Tuan Mohamad Al Hafid bin Ismail (Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah). Audit pemantauan pematuhan ini merangkumi pelbagai aspek pentadbiran dan pelaksanaan perundangan di Mahkamah Syariah.

Sepanjang sesi audit dijalankan, barisan juruaudit telah mengadakan semakan dan perbincangan bersama para auditee yang terdiri daripada Hakim-Hakim Syarie, Pendaftar, Pegawai Sulh, serta pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan JKSNPs.

Pelaksanaan audit pematuhan ini amat penting dalam memastikan pengurusan kes dan pentadbiran di JKSNPs sentiasa mematuhi Arahan Amalan yang ditetapkan, seterusnya memperkasakan kecekapan, ketulusan, serta kualiti penyampaian perkhidmatan kehakiman Syariah demi kesejahteraan ummah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Juruaudit dari JKSM Putrajaya di atas komitmen, pandangan, serta bimbingan yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih juga kepada seluruh warga JKSNPs yang telah memberikan kerjasama penuh sepanjang tempoh pengauditan.

📅  𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 | 𝟮𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟯 (𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗕𝗕𝗤): Malam silaturahim yang diserikan dengan hidangan BBQ, menger...
01/10/2026

📅 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 | 𝟮𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)

𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟯 (𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗕𝗕𝗤): Malam silaturahim yang diserikan dengan hidangan BBQ, mengeratkan jalinan kemesraan dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan.

📅  𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 | 𝟮𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟮 (𝗛𝗶𝗸𝗶𝗻𝗴 & 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗖𝗵𝗮𝗹𝗹𝗲𝗻𝗴𝗲): Ujian fizikal dan mental melalui aktiviti men...
01/10/2026

📅 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 | 𝟮𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)

𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟮 (𝗛𝗶𝗸𝗶𝗻𝗴 & 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗖𝗵𝗮𝗹𝗹𝗲𝗻𝗴𝗲): Ujian fizikal dan mental melalui aktiviti mendaki serta cabaran berpasukan yang menguji tahap kerjasama, kepimpinan, dan daya tahan warga JKSNPs.

📅  𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 | 𝟮𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟭 (𝗧𝗮𝘇𝗸𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵): Pengisian rohani yang disampaikan oleh 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗗𝗵𝗶𝗮𝘂...
01/10/2026

📅 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 | 𝟮𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)

𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟭 (𝗧𝗮𝘇𝗸𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵): Pengisian rohani yang disampaikan oleh 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗗𝗵𝗶𝗮𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳𝗳 bagi menyuntik nilai keimanan dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah pekerjaan.

Address

Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin, Persiaran Jubli Emas, Jalan Pegawai
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049774846

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services