Polis Daerah Mersing

Call Directions

Polis Daerah Mersing PDRM

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 , 28 Oktober 2026 – Ketua Polis Daerah Mersing...
28/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒

, 28 Oktober 2026 – Ketua Polis Daerah Mersing, YDH Supt. Abdul Razak bin Abdullah Sani, telah mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman keluarga Sjn. Farhana binti Abdul Rashid, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Mersing, di Kampung Pengkalan Batu, Mersing.

Lawatan tersebut diadakan bagi bertanya khabar serta menyampaikan sokongan moral dan kata-kata semangat kepada keluarga berkenaan yang sedang menghadapi ujian kesihatan melibatkan anaknya, Farish Fahmi bin Muhammad Farid, berusia empat tahun.

Turut hadir ialah ASP Mohd Mokhtar bin Mohd Nor, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Mersing, bersama pegawai dan anggota yang terlibat.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan pihak pengurusan IPD Mersing dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga kerja serta keluarga mereka, khususnya ketika berdepan dengan dugaan.

Seluruh warga IPD Mersing mendoakan agar Farish Fahmi diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali sihat seperti sediakala.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐘 𝐑𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐎𝐏𝐒 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 , 28 Oktober 2026 – Seramai 114 warga Ibu Peja...
28/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐘 𝐑𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐎𝐏𝐒 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔

, 28 Oktober 2026 – Seramai 114 warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing telah menyertai Program Gaya Hidup Sihat (GHS) dan Dry Run Mersing Cops Selantai Challenge 2026 yang berlangsung di Bukit Selantai, Air Papan, Mersing, pada pagi ini.

Program dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan sebelum peserta meneruskan pendakian Bukit Selantai dan larian denai merentasi kawasan sawah padi.

Program ini turut disertai Ketua Polis Daerah Mersing, YDH Supt. Abdul Razak bin Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, YDH DSP Mohd Nizam bin Yusof, barisan pegawai kanan polis, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua polis balai serta pegawai, anggota dan pegawai awam IPD Mersing.

Pelaksanaan dry run ini bertujuan menguji pengurusan laluan, aspek keselamatan dan penyelarasan petugas sebagai persediaan menghadapi program sebenar Mersing Cops Selantai Challenge 2026. Selain itu, program ini turut menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran warga IPD Mersing terhadap penjagaan kesihatan dan kawalan Indeks J***m Badan (BMI).

𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐑𝐎𝐋𝐋 𝐂𝐀𝐋𝐋 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 , 27 OKTOBER 2026 – Ketua Polis Daerah Mersing, YDH Supt. Abdul Razak bin A...
27/10/2026

𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐑𝐎𝐋𝐋 𝐂𝐀𝐋𝐋 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

, 27 OKTOBER 2026 – Ketua Polis Daerah Mersing, YDH Supt. Abdul Razak bin Abdullah Sani, telah menyampaikan amanat kepada warga IPD Mersing sempena program General Roll Call yang berlangsung di Dewan Mutiara, Kompleks Perumahan Polis KM5, Jalan Jemaluang, Mersing, pada jam 8.30 malam.

Program tersebut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, YDH DSP Mohd Nizam bin Yusoff, barisan ketua bahagian, ketua-ketua polis balai serta seramai 227 orang pegawai dan anggota polis.

Dalam amanatnya, beliau merakamkan penghargaan kepada Pejabat Menteri Besar Johor atas sumbangan penghawa dingin untuk Dewan Mutiara. Beliau turut menekankan kepentingan budaya hormat-menghormati, menjaga penampilan diri ketika memakai uniform, menggunakan saluran rasmi bagi aduan dalaman serta mematuhi peraturan pengisytiharan harta.

Selain itu, beliau mengingatkan seluruh warga IPD Mersing agar mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal secara konsisten bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa terpelihara dan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat.

Program ini diharapkan dapat terus memperkukuh disiplin, integriti dan profesionalisme warga PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍, 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 , 27 Oktober 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah ...
27/10/2026

𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍, 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍

, 27 Oktober 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing meneruskan komitmen dalam menjaga kebajikan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi lawatan kebajikan ke kediaman dua orang pesara polis di sekitar daerah Mersing, hari ini.

Lawatan yang melibatkan Kpl (B) Mereyam binti Abdullah, berusia 66 tahun dan Kpl (B) Mohd bin Ismail, berusia 76 tahun, yang menghadapi masalah saraf.

Rombongan lawatan disertai oleh ASP Mohd Mokhtar bin Mohd Nor, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah (KBPD) IPD Mersing; Sjn Suhaimi bin Amat, Ketua Cawangan Hal Ehwal Awam dan Pesara IPD Mersing; Sjn Ruzila binti Abdul Kadir dari Hal Ehwal Awam dan Pesara Polis IPD Mersing; serta Konst. Roshaiza binti Ismail dari Cawangan Kebajikan IPD Mersing. Turut hadir dua orang wakil daripada Persatuan Pesara Polis Negeri Johor (PPNJ) Mersing.

Lawatan ini bertujuan untuk bertanya khabar serta mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan dan kebajikan kedua-dua pesara. Selain itu, kunjungan tersebut turut menjadi wadah untuk menyampaikan sokongan moral kepada pesara dan keluarga.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan IPD Mersing dalam memastikan kebajikan pesara polis terus diberikan perhatian sewajarnya, selaras dengan semangat kekeluargaan dan penghargaan terhadap warga pasukan yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

Pihak IPD Mersing mendoakan agar kedua-dua pesara dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam keadaan sejahtera bersama keluarga tersayang.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋  BAHRU, 27 Oktober 2026 – Ibu Pej...
27/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋

BAHRU, 27 Oktober 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing meneruskan komitmen dalam menjaga kebajikan warga kerja menerusi satu lawatan kebajikan ke atas Kpl Syed Khairul Annuar bin Syed Muzaffar yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Lawatan yang diadakan bertujuan untuk bertanya khabar, menyampaikan sokongan moral serta memberikan kata-kata semangat kepada anggota berkenaan yang sedang menjalani rawatan susulan.

Rombongan lawatan diketuai oleh Insp Jordie Anak Jaih, Insp Pentadbiran IPD Mersing, bersama SM Mohd Zamri bin Yasin, Timbalan Ketua Polis Balai Mersing merangkap Pengerusi PPRP IPD Mersing; Sjn Hayati binti Mohamed Noor, Ketua Cawangan Kebajikan IPD Mersing; serta Kpl Muhamad Nasharuddin bin Mohd Nawawi dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKKD) IPD Mersing.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan pihak IPD Mersing dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga kerja sentiasa diberikan perhatian, khususnya kepada anggota yang sedang menghadapi masalah kesihatan.

Seluruh warga IPD Mersing mendoakan agar Kpl Syed Khairul Annuar diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan pembedahan dan kembali pulih seperti sediakala.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 , 22 Oktober 2026 (Khamis) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IP...
23/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

, 22 Oktober 2026 (Khamis) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing telah mengadakan Program Solat Sunat Dhuha dan Quran Hour secara serentak bertempat di Surau IPD Mersing pada jam 8.00 pagi.

Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Mersing, YDH Supt. Abdul Razak bin Abdullah Sani, bersama ketua-ketua bahagian, Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) dan pegawai awam IPD Mersing.

Pengisian program merangkumi pelaksanaan Solat Sunat Dhuha yang dipimpin oleh Kons. Nor Hakim bin Zarmi serta sesi bacaan al-Quran menerusi program Quran Hour. Majlis turut diakhiri dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Penganjuran kedua-dua program ini bertujuan menyemarakkan kecintaan terhadap ibadah, meningkatkan penghayatan dan pengamalan ajaran Islam serta memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT. Selain itu, program ini turut menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga IPD Mersing.

Diharapkan pelaksanaan program kerohanian seperti ini dapat terus menyemai nilai-nilai murni, membentuk sahsiah diri yang baik serta melahirkan warga PDRM yang berintegriti, berdisiplin dan sentiasa komited dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada masyarakat.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐓𝐊𝐏𝐍 𝐃𝟐𝟐𝟏 𝐃𝐈 𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 , 23 Oktober 2026 – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, YDH SAC Mohd...
23/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐓𝐊𝐏𝐍 𝐃𝟐𝟐𝟏 𝐃𝐈 𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

, 23 Oktober 2026 – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, YDH SAC Mohd Zairi bin Badderul @ Badrol, telah mengetuai lawatan dan pemeriksaan PTKPN D221 di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing, pada Jumaat.

Ketibaan beliau pada jam 8.30 pagi telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Mersing, YDH Supt. Abdul Razak bin Abdullah Sani, bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Mohd Nizam bin Yusof serta barisan pegawai dan anggota BSJD IPD Mersing.

Lawatan dan pemeriksaan tersebut turut disertai pegawai-pegawai pemeriksa daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor serta pegawai dan anggota BSJD IPD Mersing.

Antara pengisian program ialah sesi bergambar, menandatangani buku lawatan, taklimat daripada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD), taklimat dapatan pemeriksaan serta amanat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor.

Dalam amanatnya, YDH SAC Mohd Zairi bin Badderul @ Badrol menekankan kepentingan mempertingkatkan usaha risikan dan pengumpulan maklumat bagi membanteras kegiatan penyeludupan migran, khususnya yang melibatkan laluan Pantai Timur. Beliau turut menegaskan keperluan memperkukuh kerjasama dengan agensi luar serta mendapatkan maklumat daripada penduduk setempat dan sumber berkaitan bagi mengesan aktiviti jenayah yang tersembunyi.

Selain itu, beliau mengingatkan pegawai dan anggota supaya sentiasa memastikan kualiti siasatan berada pada tahap terbaik, memantau pergerakan kertas siasatan serta memastikan pendaftaran dan pengendalian barang kes dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Aspek pematuhan peraturan penggunaan senjata api, hak mempertahankan diri mengikut keadaan dan ancaman yang dihadapi serta batas penggunaan media sosial oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut diberikan penekanan bagi memelihara integriti, profesionalisme dan imej pasukan.

Lawatan dan pemeriksaan yang berakhir pada jam 12.30 tengah hari ini diharap dapat memperkukuh tahap kesiapsiagaan, keberkesanan penyiasatan serta mutu penyampaian perkhidmatan BSJD IPD Mersing dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐎𝐇 𝟐 , 22 Oktober 2026 – Ketua Polis Daerah Mersing, YDH...
22/10/2026

𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐎𝐇 𝟐

, 22 Oktober 2026 – Ketua Polis Daerah Mersing, YDH Supt. Abdul Razak bin Abdullah Sani telah mengadakan lawatan kebajikan kepada pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM), SM (B) Mohd Tarmizi bin Talib, bertempat di Felda Tenggaroh 2, Mersing, Johor. Lawatan tersebut diadakan bagi menyantuni pesara polis serta memberikan sokongan moral kepada beliau dan ahli keluarga.

Turut menyertai lawatan ialah ASP Mohd Mokhtar bin Mohd Nor, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Mersing; SI Rabiatul Adawiyah binti Ya'acob, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Mersing; SM Abd Aziz bin Md Dom, Ketua Polis Balai Sungai Ambat; serta pegawai dan anggota IPD Mersing yang lain, termasuk wakil PPRPD, Hal Ehwal Awam dan Pesara serta AMANITA. Ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Mersing turut hadir memeriahkan lawatan tersebut.

Program lawatan kebajikan ini mencerminkan komitmen IPD Mersing dalam memastikan kebajikan pesara polis terus diberikan perhatian, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan IPD Mersing dengan pesara serta keluarga mereka.

IPD Mersing akan terus berusaha memupuk semangat kekeluargaan dan menghargai jasa pesara polis yang pernah menabur bakti demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 , 22 Oktober 2026 – Majlis Serah Terima Tugas (STT) Ket...
22/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

, 22 Oktober 2026 – Majlis Serah Terima Tugas (STT) Ketua Cawangan Khas Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing telah berlangsung pada jam 9.30 pagi bertempat di Kelab Polis, IPD Mersing.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Mersing, YDH Supt. Abdul Razak bin Abdullah Sani, dengan penyerahan tugas disempurnakan oleh Insp. Muhammad Fahmi Izzuddin bin Nordin, Pemangku Ketua Cawangan Khas Daerah IPD Mersing, kepada ASP Syed Bokhari bin Syed Jaafar selaku Ketua Cawangan Khas Daerah IPD Mersing yang baharu.

Turut hadir ialah DSP Mohd Rahiz Ab Aziz, Pegawai Turus E8 Cawangan Khas IPK Johor, ASP Mohd Mokhtar bin Mohd Nor, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, ASP Hafizudin bin Mohamad, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Haidir bin Shamsuddin, Ketua Bahagian Ketenteraman dan Keselamatan Awam, serta ketua-ketua bahagian, ketua-ketua polis balai, pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis IPD Mersing.

Majlis turut diserikan dengan ucapan dan amanat daripada YDH Ketua Polis Daerah Mersing yang menekankan kepentingan kesinambungan pentadbiran, komitmen serta profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan jamuan ringan.

Address

Jalan Sultanah
Mersing
86800

Telephone

+6077992222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services